LOL This is awkward.
Kay, aku nak try post dalam BM. Nak test rasa best ke tidookkk.. haha
Dengarlah kisah sedih ini..
Pada hari ini, aku sudah mula menyedari bahawa hidupku kian berubah. Masa juga berlalu ibarat bullet train yang bertolak dari Tokyo ke Hiroshima. (?) Tak lama lagi keputusan SPM dah nak keluar. Ku terasa seluruh sistem badanku sudah tidak boleh berfungsi dengan lancar apabila terdengar desas desus tentang keputusan SPM. Perutku akan memulas sepanjang hari.
*Okay ni dah mula merepek;
Akan ku habiskan setiap malamku dengan merenung siling sambil melayan perasaan dengar lagu Nomad. Hohoho... Adakah aku sedang dilamun cinta? *Muntahhijauuu
Wajah adikku, Teha yang sedang lena kutatap dengan penuh perasaan. Sesekali ku terasa seperti ingin mengejutnya, supaya aku dapat luahkan segala-galanya, namun ku tak mahu mengganggu tidurnya.
Lagu Nomad dah habis. Aku memilih lagu yang lain. Kini, aku berniat untuk memilih lagu yang lebih jiwang karat meleleh lentok frust meronggeng semua ada lahh! Sebuah lagu menarik perhatianku. Aku tekan ikon lagu tersebut. Selepas beberapa saat, terdengar muzik yang menyentuh jiwaku. Lagu tersebut ialah Harlem Shake.
Aku menangis lalu tertidur ._.
Pergh bapak sengal bahasa aku.
Jangan percaya cerita di atas. Rekaan semata-mata. XDD
The end. XDDDD
Tolonglahhh~