Hari ini tiada beza dengan hari-hari yang lain. Aku bangun pagi tadi seperti biasa. HAHA tidak berbeza. Bezanya, hari ini aku bermain dengan alat solek Ibu... Mukaku kelihatan berbeza. Terasa seperti masa sudah berjalan selama 20 tahun. Aku berasa kaget dan malu lalu membersihkan mukaku. Terasa bahagia. Masih muda.
Pkkhh
Aku menonton filem di TV dengan penuh perasaan. Walaupun cerita tersebut daripada seberang, bahasanya tidak jauh berbeza dengan bahasa kita. hahahaha. Tolonglahh... kenapa dengan aku ini??
Ini?
Aku berasa teruja sebab Teha ada majlis makan-makan petang ni dengan kawan-kawan dia. Rasa macam nak ikut Ibu ambil Teha balik lepas ni supaya aku dapat makan froyo yoyo. Mengapakah aku kedengaran seperti budak skema best student of the year pingat emas gangsa perak tembaga bagai ini..?
Kini, aku lebih yakin memandu kereta di jalanan. Ibarat mengemudi bahtera dalam melayari kehidupan yang penuh dengan ombak rindu. Tuhan tolonnnngg lembutkan hati dia. Belikan aku froyo yoyo dengan duitnya... Kerna ku tak sanggup, kerna ku tak mampu.... hidup tanpa froyo yoyo di sisi ku wuuuuuuuu...
Aku berniat nak bantu team debate sekolah tapi tak mampu. Berbekalkan invisible driving license, aku tak mampu membantu mereka. /menangis kesedihan/
CNY dah nak dekat. Aku nak balik kampung. Sg Petani ke, Melaka ke tak kisah ah. Nak jumpa insan-insan yang melahirkan ibu bapa aku. Kalau balik Melaka aku nak pergi Mydin. Entah kenapa. Kalau balik Sg. Petani aku nak pergi Amanjaya Mall. Entah kenapa.
Nak balik kampung. Pegi Mydin
— Evacuee (@hanasupremo88) January 26, 2014
Jarak yang dekat dari kampung ke destinasi idaman tidak menghalang hasratku.Anything is possible.
Entah kenapa, aku menginginkan perjalanan hidup yang berbeza selepas SPM yang menggerunkan. Ibarat dihantui oleh makhluk-makhlauk yang baik halus mahupun kasar. Mungkin aku harus menamatkan zaman bujangku (wekkk wekkkk wekkk) atau belajar bahasa Latin atau Tagalog.
Semua gadis sibuk nak belajar bahasa Korea. Aku menginginkan kelainan.
dAH LAH. That's it. I was way expressive. Yeahhh SPM's over and I really need to play around with my mind. Don't wanna feel stressed much, and live this life to the fullest.
Bye, now. Assalamualaikum.